KREATIVITI DAN INOVASI

Amalan EKSA menekankan kreativiti dan inovasi dalam membentuk persekitaran kerja yang kompeten. Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewu jud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Melalui kriteria kreativiti yang ditekankan oleh EKSA, ia dapat melahirkan warga kerja yang berupaya berfikir secara kritikal dan praktikal dalam menghasilkan idea baru yang menarik dan unik.

Kolej Komuniti Pasir Salak menekankan kepada warga kolej, di mana setiap warga berpeluang menunjukkan bakat dan idea mereka melalui pertandingan-pertandingan yang dilaksanakan sepanjang amalan EKSA dilaksanakan.

 

 

KEMASKINI

17/4/2017